Wednesday, January 23, 2008

HOBI

Ramai surirumah yang saya kenali mempunyai hobi “menghias rumah”.Jika boleh, setiap bulan mereka akan menukar susunatur perabut rumah…katanya supaya tak boring…ada juga yg nak ambil hati suami dengan cara begini. Maka setiap bulan juga bermacam2 majalah hiasan yang dilanggani. Ada yang menukar langsir setahun 2 kali sebab “tak nak boring”. Suami pun terpaksa memberikan sokongan (kewangan) sebab itulah hobi isteri tercinta…

Malang sekali hobi “menghias rumah “yang dipupuk sekian lama selepas beratus2 langganan majalah tidak memberikan hasil yang sepatutnya….

Hiasan dalaman ialah satu satu aspek kerjaya yang memerlukan 2 perkara:

1) Anugerah dari Allah swt.

2) Pembelajaran yang khusus

PERTAMA, ia memerlukan kesenian / kebolehan artistic. Walau pahit untuk diterima, bukan semua manusia dianugerahkan dengan kebolehan ini…

KEDUA, ia memerlukan skill yang dipelajari untuk satu jangkamasa supaya dapat dijadikan pengalaman yang berguna. Walaubagaimanapun, tidak semestinya ilmu yang melibatkan skema warna, scale, pencahayaan, pengudaraan, texture dll tu boleh diperolehi dengan pembelajaran secara formal sahaja…ada juga yang self taught.

HIASAN DALAMAN melibatkan kebolehan seseorang membuat keputusan secara bijak dengan menggabungkan aspek teknikal dan artistic untuk menjadikan sesuatu ruang itu berfungsi dengan betul.

Seseorang yang mempunyai skil teknikal tetapi tidak artistic tidak akan dapat menghasilkan satu kerja seni dan hiasan dalaman yang berjaya ialah satu karya seni yang boleh dibanggakan. Maksud bangga disini bukanlah untuk menunjuk2 , tetapi anda boleh merasa bangga kerana hiasan dalaman yg berjaya dapat mengubah kehidupan anda menjadi lebih baik dan bermakna.

Oleh itu, sekiranya anda tidak mempunyai 2 kriteria diatas, saya nasihatkan anda berjumpa dengan saya atau mana2 juru hias dalaman untuk menolong anda mencapai impian anda. Dan lagi, cubalah cari hobi yang dapat menguntungkan anda, minda anda dan keluarga anda...

No comments: