Saturday, January 19, 2008

CASE ONE







BEFORE







AFTER
Kebanyakan dari kita tinggal di rumah teres kos rendah / sederhana dan beginilah contoh ruang tamu yang kita ada...saiz mungkin 18 kaki x 30 kaki...kat sinilah nak letak set sofa, mungkin satu meja makan kecil untuk tetamu, dan set tv kita tempat kita & anak2 nak tengok tv sambil baring2. Memang pening jugak nak susun perabut nih!


Well, how would you do it?


Mai akak habaq......

Pertama sekali, untuk ruang yang terhad, kita kena sesuaikan ruang tu dengan keperluan keluarga kita..ingat..KEPERLUAN tak sama dengan KEHENDAK yer...
Untuk case diatas, tuan rumah perlukan DUA fungsi dalam satu ruang.Satu area khas untuk tetamu sahaja, dan satu lagi untuk family sahaja iaitu ruang tengok TV.

Nak tak nak , pembahagian ruang perlukan garisan pembahagi tuh...tak semestinya secara 3D (contoh: pengadang atau almari)...boleh juga kita bahagi ruang dengan warna cat dinding / wallpaper....boleh juga kita rendahkan siling untuk satu ruang tu.In this case, akak gunakan mainan warna cat dan juga pengadang rotan . So bila anak 2 tengok tv dengan bantai bucuk dll, kita boleh entertain tetamu di ruang tamu dengan aman....


So now you think you can do it?


Well, ada banyak lagi perkara2 yang perlu di consider dek..Selain susunan perabut dan warna cat (bab ni boleh refer majalah atau casa impian )perkara yang paling penting ialah membuat keputusan untuk memilih....

PILIHAN...PILIHAN... PILIHAN...

CHOICES...CHOICES...CHOICES...

1) Diantara perabot2 yg dah ada kat rumah tu, yg mana satu nak simpan & yang mana nak let go? Semua ada sentimental value..? Takut nak buang barang walaupun dah x boleh pakai lagi dan out of date ...takut jiran mengata...dan macam2 lagi. Cuba refer akak punya artikel on "CLUTTER" atau "SEMAK" ..coming soon.

2)Dah sampai kat kedai perabut rambang mata pulak nak pilih perabut..BANYAK SANGAT PILIHAN... kena pulak laki bini citarasa tak sama....aduhai..boleh jadi perang sivil pulak kat dlm kedai perabut tuh..last2 keluar kedai satu apa pun x beli...

3)Selalunya suami akan memberikan tugas memilih langsir kat isteri .Bukan apa, dia malas dah nak fikir, bab2 kain ni bagi org pompuan lah pilih. Untuk pengetahuan semua, walaupun langsir ni melibatkan fabrik atau kain, nak pilih langsir tak sama dengan nak beli kain untuk baju raya / baju kurung!Kain satu hal, pattern apa pulak yg sesuai dengan konsep keseluruhan ruang tu...

3 comments:

Missher said...

Wow, congrats Juli, very impressive. You will definitely be my first consultant when the time comes, you'll know when, insya-Allah. Keep up the great work!. - Mas

Anonymous said...

juli...
good info..kalu kat KL, boleh la panggil..anisah757@gmail.com (kawan Mas)

kak juli said...

tq anis...call me whenever u need a consult:)