before after
Jangan malu ! Memang senario biasa macam ni . Rumah saya pun sama..selagi tak buat cabinet , macam ni lah rupa dapur kita..Barang2 tak ada tempat nak letak..Lepas buat cabinet, legaaaaaa kan? untuk rumah ni, akak buatkan laci (utk letak sudu garfu, kitchen towel , plastic sampah), shelves dan pull out ruang jemur pinggan (pintu kaca tu) . Good idea jugak kalau letak tong gas kat luar rumah (sila tambat ye) sebab ruang bawah dapur tu boleh digunakan untuk storage . Pintu cabinet tu frame aluminum dengan pintu acrylic /"onitek". Sesuai untuk ruang basah.
before after
Fuh ! lega dah ada cabinet !
Untuk cabinet bahagian ni tuan rumah request untuk buat shelves aluminum untuk pinggan mangkuk gelas cawan yang dah kering. Ruang simpanan tinggi ni boleh muat sekali periuk belanga dan periuk nasi. Ada counter top 4 kaki panjang untuk letak microwave oven or apa2 yang patut. Lebih kemas kan?
Pull out pantry cabinet untuk simpan barang2 kering. Orang Kemaman pun ramai dah pakai benda ni..Kos utk rak2 aluminum tu yang mahal skit ..
ambil barang dari tepi
Ni 3D sketches yg akak buat utk tunjuk kat tuan rumah .Bukan nak beradon atau nak eksyen lukis kat kompewter , tapi ni semua untuk memudahkan tuanrumah imagine camana rupabentuk cabinet dia nanti. Setengah orang tak pandai tengok pelan..macam saya ni tak pandai nak cakap2 banyak (jual ubat memang tak laku ) , so lukis lagi senang. Kalau dah setuju , baru kira harga / bagi quotation , ok?