Friday, January 25, 2008

LESS IS MORE

coming soon....

MIES VAN DER ROHE

Uncle Ludwig ni kira macam Mahaguru lah dalam bidang architecture ..sape2 blajar nak jadi akitek kalau x kenal dia ni mungkin blajar kat planet lain kot...anyway, yg akak nak highlight is his most famous quote "LESS IS MORE"....yg lain2 tu x faham xpe.....kak juli

Mies van der Rohe
Famous Quotations

Ludwig Mies van der Rohe (1886-1969) was a modern architect who built the first steel and glass skyscraper. Here are selections from his speeches and writings.


"A chair is a very difficult object. A skyscraper is almost easier. That is why Chippendale is famous."
In Time magazine, 18 Feb 1957.

"Architecture starts when you carefully put two bricks together. There it begins."
Speaking about restraint in design, the New York Herald Tribune, 28 Jun 1959.

"God is in the details."
Speaking about restraint in design, the New York Herald Tribune, 28 Jun 1959.

"Less is more."
Speaking about restraint in design, the New York Herald Tribune, 28 Jun 1959.

"It is better to be good than to be original."
Quoted in Words of Wisdom, by William Safire & Leonard Safire, 1989.

"Each material has its specific characteristics which we must understand if we want to use it... This is no less true of steel and concrete [than of wood, brick, and stone]. We must remember that everything depends on how we use a material, not on the material itself... New Materials are not necessarily superior. Each material is only what we make of it... We must be as familiar with the functions of our buildings as with our materials. We must learn twhat a building can be, what it should be, and also what it must not be... And just as we acquaint ourselves with materials, just as we must understand functions, so we must become familiar with the psychological and spiritual factors of our day. No cultural activity is possible otherwise; for we are dependent on the spirit of our time."
From his inaugural address at the Illinois Institute of Technology, 1938

Wednesday, January 23, 2008

HOBI

Ramai surirumah yang saya kenali mempunyai hobi “menghias rumah”.Jika boleh, setiap bulan mereka akan menukar susunatur perabut rumah…katanya supaya tak boring…ada juga yg nak ambil hati suami dengan cara begini. Maka setiap bulan juga bermacam2 majalah hiasan yang dilanggani. Ada yang menukar langsir setahun 2 kali sebab “tak nak boring”. Suami pun terpaksa memberikan sokongan (kewangan) sebab itulah hobi isteri tercinta…

Malang sekali hobi “menghias rumah “yang dipupuk sekian lama selepas beratus2 langganan majalah tidak memberikan hasil yang sepatutnya….

Hiasan dalaman ialah satu satu aspek kerjaya yang memerlukan 2 perkara:

1) Anugerah dari Allah swt.

2) Pembelajaran yang khusus

PERTAMA, ia memerlukan kesenian / kebolehan artistic. Walau pahit untuk diterima, bukan semua manusia dianugerahkan dengan kebolehan ini…

KEDUA, ia memerlukan skill yang dipelajari untuk satu jangkamasa supaya dapat dijadikan pengalaman yang berguna. Walaubagaimanapun, tidak semestinya ilmu yang melibatkan skema warna, scale, pencahayaan, pengudaraan, texture dll tu boleh diperolehi dengan pembelajaran secara formal sahaja…ada juga yang self taught.

HIASAN DALAMAN melibatkan kebolehan seseorang membuat keputusan secara bijak dengan menggabungkan aspek teknikal dan artistic untuk menjadikan sesuatu ruang itu berfungsi dengan betul.

Seseorang yang mempunyai skil teknikal tetapi tidak artistic tidak akan dapat menghasilkan satu kerja seni dan hiasan dalaman yang berjaya ialah satu karya seni yang boleh dibanggakan. Maksud bangga disini bukanlah untuk menunjuk2 , tetapi anda boleh merasa bangga kerana hiasan dalaman yg berjaya dapat mengubah kehidupan anda menjadi lebih baik dan bermakna.

Oleh itu, sekiranya anda tidak mempunyai 2 kriteria diatas, saya nasihatkan anda berjumpa dengan saya atau mana2 juru hias dalaman untuk menolong anda mencapai impian anda. Dan lagi, cubalah cari hobi yang dapat menguntungkan anda, minda anda dan keluarga anda...

COLLECT & GATHER

Saya lihat kebanyakan manusia zaman sekarang masih mempunyai kecenderungan yang amat kuat untuk mengumpul & menyimpan (collect & gather”). Tak dpt dinafikan sejarah awal kehidupan manusia di zaman batu dulu bermula dengan aktiviti “collect & gather” ini…Pada masa itu , aktiviti inilah satu2 aktiviti yg boleh menjamin kehidupan sehari-hari. Lama –kelamaan manusia menggunakan akal yg diberikan Allah SWT untuk berkreatif …merekacipta alat2an,seterusnya sehingga hari ini mencapai tahap teknologi yg amat tinggi untuk menjalani kehidupan harian.

Namun konsep “collect & gather “ini , jika diaplikasikan dalam kehidupan harian kita dalam konteks mengumpul barang2 dan disimpan didalam rumah, akan mengakibatkan keserabutan yang boleh menjejaskan segalanya…keselesaan badan & minda, selain keharmonian pemandangan.Kes2 ekstrem disebut “HOARDING” yg memerlukan rawatan pakar psikologi.

Disini saya cuma ingin memberikan sedikit pandangan peribadi mengenai kecenderungan mengumpul dan menyimpan barang2 bagi kebanyakan kita yang normal dan bukannya seorang ‘hoarder’.

Melalui pengalaman saya yg sedikit ini , saya lihat ada beberapa barang kurang berharga yang lazimnya dikumpul oleh kita yang boleh menyebabkan clutter / semak. Barang 2 ini mudah diperolehi , selalunya percuma / hadiah, cantik /comel , kalau dibeli pun murah, dan selalunya disimpan dalam kuantiti yang banyak sehingga sukar untuk disimpan. Barang2 yg saya maksudkan adalah:

1)Bekas bunga telur
2)Souvenir 2 lain kenduri kawin, bekas2 potpourri
3) Bekas ice cream
4)Botol2 air
5)Koleksi hiasan2 dari kedai RM2 (my favorite shopping destination)

Ada yang sanggup membeli almari baru semata2 untuk meletakkan barang2 diatas. Tak kurang juga yang perlu membesarkan dapur dan menambah kabinet untuk menempatkan …well… bekas2 plastik aiskrim / botol 2 plastik yang sepatutnya dibuang dlm tong kitar semula.

Cadangan saya ialah supaya kita melakukan “stock check” semalas2nya setiap 3 bulan , iaitu mungkin masa cuti sekolah, agar dapat di keluarkan barang2 yang tidak diperlukan dalam hidup kita. Yang penting, ajaklah teman ,kakak,atau anak kita supaya mereka boleh menolong anda membuat pilihan mana barang yang penting dan mana yang tidak.(jika anda seorang yg perlu memilih, saya rasa tidak akan ada barang yg di buang!)
Marilah kita sama2 buang tabiat tersebut yang agak dah ketinggalan zaman..Let’s “collect & gather “ ILMU…storage compartments yg Allah berikan dlm otak kita tak akan penuh or cluttered sampai bila-bila…

Monday, January 21, 2008

CASE TWO

Assalamualaikum,

BEFORE

AFTER

Well friends.. notice the differences in the 2 photos?

Notice the same sofa, same coffee table, same bunga?
Aha...ni lah the magic of re upholstery...dlm kata lain tukar baju jer...Kita dah beli sofa set mahal2 takkan nak tukar tiap2 tahun pulak...Nak pulak sofa set fella design ni RM8000 ada kot...3 bulan gaji kebanyakan kita nih! 10 tahun pun org kedah kata x berjejaih lagi...

Untuk akak lah , kalau rasa 3 tahun sekali nak tukar langsir tu mmg boleh dah la...that's why akak x rekomen beli kain murah sangat. Buy quality sbb result dia mmg elok... see the difference in the photos above.

You make the choice...For me , yg penting when u enter your living room after a serabut day at the office / work, you want PEACE...


SEE MORE FOTOS OF THE SAME PROJECT:
before

after

Doa kak juli:

Ya Allah, Ya Tuhanku.. semoga tahun ini (2008M/1429H)aku tak akan di pertemukan lagi dengan kerusi anggur seperti ini ...Dan..bukakanlah hati rakyat Malaysia untuk menggunakan option lain selain dari border seperti diatas ...ameen..

Notice tak tempat kerusi anggur tu akak gantikan dengan 2 single seater sofa yang dah sedia ada, cuma tukar cover je...also notice that the fabric is different from the three seater sofa..YES..satu set x semestinya sama color/pattern...just make sure same color scheme lah yer...

Of course the first thing i did was strip off the border...ha..ha..ha

then , feature wall ada...

cermin besar tu nak bagi nampak luas skit lorong tu .Now nampak spacious kan walaupun letak sofa gemuk kat situ?

ayat Quran kat dinding tu maintain...bunga sama gak...
before

after

Ikhlas dari akak...frame2 ayat alQuran keep it minimum...yang penting ayat2 alQuran ni di baca tiap hari...biar diframe dalam hati....
wassalam..



Saturday, January 19, 2008

CASE ONE







BEFORE







AFTER
Kebanyakan dari kita tinggal di rumah teres kos rendah / sederhana dan beginilah contoh ruang tamu yang kita ada...saiz mungkin 18 kaki x 30 kaki...kat sinilah nak letak set sofa, mungkin satu meja makan kecil untuk tetamu, dan set tv kita tempat kita & anak2 nak tengok tv sambil baring2. Memang pening jugak nak susun perabut nih!


Well, how would you do it?


Mai akak habaq......

Pertama sekali, untuk ruang yang terhad, kita kena sesuaikan ruang tu dengan keperluan keluarga kita..ingat..KEPERLUAN tak sama dengan KEHENDAK yer...
Untuk case diatas, tuan rumah perlukan DUA fungsi dalam satu ruang.Satu area khas untuk tetamu sahaja, dan satu lagi untuk family sahaja iaitu ruang tengok TV.

Nak tak nak , pembahagian ruang perlukan garisan pembahagi tuh...tak semestinya secara 3D (contoh: pengadang atau almari)...boleh juga kita bahagi ruang dengan warna cat dinding / wallpaper....boleh juga kita rendahkan siling untuk satu ruang tu.In this case, akak gunakan mainan warna cat dan juga pengadang rotan . So bila anak 2 tengok tv dengan bantai bucuk dll, kita boleh entertain tetamu di ruang tamu dengan aman....


So now you think you can do it?


Well, ada banyak lagi perkara2 yang perlu di consider dek..Selain susunan perabut dan warna cat (bab ni boleh refer majalah atau casa impian )perkara yang paling penting ialah membuat keputusan untuk memilih....

PILIHAN...PILIHAN... PILIHAN...

CHOICES...CHOICES...CHOICES...

1) Diantara perabot2 yg dah ada kat rumah tu, yg mana satu nak simpan & yang mana nak let go? Semua ada sentimental value..? Takut nak buang barang walaupun dah x boleh pakai lagi dan out of date ...takut jiran mengata...dan macam2 lagi. Cuba refer akak punya artikel on "CLUTTER" atau "SEMAK" ..coming soon.

2)Dah sampai kat kedai perabut rambang mata pulak nak pilih perabut..BANYAK SANGAT PILIHAN... kena pulak laki bini citarasa tak sama....aduhai..boleh jadi perang sivil pulak kat dlm kedai perabut tuh..last2 keluar kedai satu apa pun x beli...

3)Selalunya suami akan memberikan tugas memilih langsir kat isteri .Bukan apa, dia malas dah nak fikir, bab2 kain ni bagi org pompuan lah pilih. Untuk pengetahuan semua, walaupun langsir ni melibatkan fabrik atau kain, nak pilih langsir tak sama dengan nak beli kain untuk baju raya / baju kurung!Kain satu hal, pattern apa pulak yg sesuai dengan konsep keseluruhan ruang tu...

INTRODUCTION

Assalamualaikum friends...
Firstly , I would like to welcome you to my blog and congratulate you for choosing my site as one of your destinations today. If you find the info in this blog is interesting enough, please don't hesitate to add to your favorites.